Sunday, September 22, 2013

Kerja Kosong di Sandakan, Sabah

Company: Genting Plantation Berhad
Location: Sandakan, Sabah 

Genting Plantation Berhad adalah sebuah syarikat peneraju utama di papan utama dengan kepentingan dalam bidang perladangan, pembangunan hartanah dan bioteknologi.

Kami mencari individu warganegara yg berkelayakan untuk jawatan dibawah:

1. Juru Dandang (Boilerman)

  • Mengendali operasi boiler stim di dalam kilang dan memastikan operasi memenuhi prosedur keselamatan dan alam sekitar
  • Menjalan kan kerja penyelengaraan boiler stim dan pengandung tekanan tidak berapi yg berkaitan
  • Bertanggungjawab keatas rawatan air untuk kegunaan boiler stim
Kelayakan: 

- SPM 
- Sijil Kelayakan Pengendali Enjin Dandang Stim (Gred 1 atau 2) 
- Minima 5 tahun pengalam berkerja di kilang kelapa sawit

2. Pengendali Enjin (Engine Driver)
  • Mengendali operasi enjin pembakaran dalam dan turbin di dalam kilang dan memastikan operasi memenuhi prosedur keselamatan dan alam sekitar
  • Menjalankan penyelenggaraan enjin pembakaran dalam dan turbin
  • Berpengalaman mengendalikan operasi dandang stim (stim boiler) akan diberikan keutamaan
Kelayakan:
- SPM
- Sijil Kelayakan Engine Drive Gred 1 atau 2
- Minima 5 tahun pengalaman bekerja di kilang kelapa sawit 

3. Chargeman
  • Penyelenggaraan Pemasangan dan peralatan elektrikal 3 phase dan 1phase di kilang kelapa sawit 
  • Penyelenggaraan pemasangan dan peralatan elektrikal overhead dan perumahan di kilang kelapa sawit 
Kelayakan:


-SPM
- Sijil Kelayakan Chargeman A4
- Minima 5 tahun pengalaman dalam kilang kelapa sawit / kilang pembuatan dengan pengendalian dan penyelenggaraan sistem elektrikal 3phase/1phase.

Calon-calon yg berminat dipelawa untuk menghantar permohonan berserta butiran lengkap peribadi, sila nyatakan gaji jangkaan dan gaji yg ingin dipohon dan sertakan sekeping gambar passport. Sila hantar sebelum 1 Oktober 2013.

Alamat penghantaran: 
Administration Manager 
Genting Plantation Berhad 
Wisma Genting Plantations 
KM 12, Jalan Labuk, 90000 Sandakan, Sabah 
(PO Box 901, 90701 Sandakan, Sabah)

Untuk penghantaran yang lebih cepat, sila hantar melalui fax.
Nombor fax: 089-673979
Atau email kepada:  raymond.ho@genting.com

Untuk Kerja Kosong Terkini, Sila Klik di SINI

kerja kosong di sandakan 2013, kerja kosong di sabah, jawatan kosong di sabah 2013, jawatan kosong di kota kinabalu 2013, jawatan kosong di Sandakan 2013, Genting Berhad Plantations

No comments: