Mengapa kadang-kadang kita sebagai pencari kerja tidak mendapat panggilan untuk temuduga walaupun resume yg dihantar tidak melewati tarikh yang ditentukan oleh majikan? Kebanyakkan resume yang selalu diterima oleh majikan adalah hampir serupa dengan resume yg pernah dihantar oleh orang lain, ia seolah-olah sebutir resume yang pernah dibaca oleh majikan dan tidak ada isi kandungan yang dapat menarik perhatian daripada majikan yang membuat pemilihan temuduga.
Apakah isi kandungan resume yang menarik buat para majikan?
Pertama isi kandungan keseluruhan resume anda haruslah kreatif dan mempunyai senarai pencapaian yang dapat membuka minda seorang majikan dengan serta merta. Walaupun anda seorang fresh graduate tetapi jika anda menyebut tentang pencapaian anda semasa berada di kolej/universiti ia mampu menarik perhatian. Jangan lupa menyatakan bahawa pencapaian yang anda pernah kecapi di kolej/universiti akan anda kekalkan dan perbaiki lagi sekiranya diterima untuk bekerja.
Contoh:-
"I would very much interested to join your team as a _______ and as I will always be effortful just like during my university years because I believe that consistency is one of the vital requirement in every organization"
Dalam usaha anda untuk menyenaraikan pencapaian anda, jangan lupa untuk menyatakan tentang quality kepimpinan anda.
Contohnya:
I was the Chairperson for _____ and during my term I managed to create/form/establish (sila nyatakan pencapaian/perubahan positif kelab/persatuan tersebut). Jangan lupa untuk menyatakan apakah yang anda perolehi semasa mengetuai sebuah kelab/persatuan ketika di kolej. Contohnya:
"I have learned that creativity and observation are both equally important in order to .........."
Jika anda pernah membuat perubahan/improvement semasa mengetuai sesuatu kelab/persatuan, pencapaian ini haruslah dinyatakan di dalam resume anda. Contoh :-
" The number of my team members was increased from ____
We won / we were awarded as ______ "
Perkara yang perlu dielakkan dalam resume dan juga semasa interview:
Jangan memperlekehkan majikan lama ataupun seseorang yang pernah menjatuhkan anda, ini ialah sikap negative.
Jangan menulis resume dengan gopoh seolah-olah anda seorang yg super terbaik, tulislah dengan rendah diri.
GAMBAR:
Bagi applicant wanita, gambar passport anda akan lebih menarik jika anda ada light makeup (natural makeup)
Jangan senyum terlalu lebar seolah-olah anda seorang yang kurang serius (macam comedian).
Elakkan gambar yang seolah-olah anda sedang bersedih, atau bengis ala-ala seorang banduan. Sila praktis bergambar dan dapatkan komen daripada ahli keluarga atau kawan terdekat sekiranya perlu.
Elakkan bergambar dengan warna rambut ala-ala mat saleh, lebih-lebih jika anda ialah seorang lelaki. Dalam kebanyakan kes, ia memberikan imej ketidak matangan.
Elakkan bertanya tentang gaji semasa interview, majikan akan lebih selesa bertanyakan tentang expected salary semasa interview, dan bila anda disoal sila nyatakan current salary anda (bagi iang sedang bekerja) dan nyatakan jika anda mahukan penambahan sedikit. Jangan tamak.
Bagi fresh graduate, sila ambil perhatian, jika majikan sangat berminat untuk mengambil anda, dia akan bertanya "How much is your expected salary?" Jika anda seorang yg hanya ingin bekerja untuk pengalaman, biarlah majikan yang tentukan gaji anda selayaknya.
Terima Kasih dan jika ada persoalan jangan lupa komen dibawah.
No comments:
Post a Comment